Aron Is In Da House ! Welcome to my Diary of Life Navigate! Wanna Scream? Credit Section! Template by : LiyanaIzzati Basecode made by : AreQil Background : Nurul Atiqah Header : Nurin Asyada Best view : Google Chrome |
Hati Saya
" Day by Day " . Bila saya dengar lagu neyh , saya terus teringatkan kisah kita bersama . Awak tahu kenapa ? Saya pernah takut bersama awak , saya pernah bersedih kerana awak dan saya pernah menangis kerana awak . Jika awak bertanya kenapa kepada saya , ini adalah jawapannya . CINTA - Saya tidak dapat melihat penghujung terowong yang gelap , jadi saya berasa amat takut . Kenapa ? Sebab saya takut saya akan kehilangan salah seorang insan yang penting dalam hidup saya . Saya khuatir yang saya akan kehilangan salah sebatang lilin yang menerangi hidup saya . Lilin itu adalah awak . Awak seperti padang pasir yang sentiasa bersama matahari yang panas membara , saya pula seperti pokok kaktus yang berada di padang pasir yang sedang kekeringan mencari air untuk terus hidup . Saya selalu dahagakan cinta awak yang diibaratkan sebagai cahaya matahari yang panas membahang . Saya selalu lemah dalam menagih cinta awak tetapi saya terus bertahan kerana saya memerlukan awak seperti pokok kaktus yang memerlukan cahaya matahari . Saya juga setia menunggu dan menagih cinta awak . Walaupun dalam keadaan yang sukar , saya tetap menunggu cinta awak ibarat pokok kaktus tersebut . Walaupun sangat panas , ia tidak pernah meninggalkan padang pasir . Apabila subuh menjelang , burung pungguk rindukan bulannya . Burung pungguk itu adalah gambaran diri saya . Saya amat merindui setiap saat saya bersama awak . Awaklah bulan yang menerangi malam saya . Malam ini , saya hidup dengan berbekalkan memori indah kita dan mendengar suara awak . Berbilang malam kita berjanji untuk bersama selamanya . Hanya kepercayaan yang menjadi tiang perhubungan kita . Jasad kita jauh untuk bersama tetapi hati kita sentiasa bersama . Walaupun awak berpisah dengan saya buat sementara , cinta jarak jauh tetap merisaukan saya . Tolong yakinkan saya bahawa awak akan pulang kembali kepada saya jadi cinta kita kekal selamanya . Awak meninggalkan saya dan memilih jalan awak yang tersendiri . Saya menyokong keputusan awak dan setia menunggu awak disini . Di penghujung kisah cinta , akan terdapat gaung yang sangat merbahaya . Janganlah awak jatuh ke dalamnya . Saya telah terjebak dalan cinta ini dan selalu kesakitan akibat terjatuh ke dalam gaung tersebut . Tolong jangan jatuh ke dalam gaung ini . Cukuplah saya seorang yang kesakitan . Awak , teruskanlah bertahan dan kuatkan hati awak . Saya masih kuat disini dan saya akan kuat demi cinta kita . Walaupun jauh , saya tetap berada bersama awak di dalam kotak hati awak . Saya akan bersama awak sentiasa apabila awak memerlukan saya . Saya akan tetap bersama awak , percayalah . Satu hari nanti , kita akan bersama walaupun ia mengambil masa 100 tahun lagi . Saya sayangkan awak . 0 Lovely babe! |