Aron Is In Da House ! Welcome to my Diary of Life Navigate! Wanna Scream? Credit Section! Template by : LiyanaIzzati Basecode made by : AreQil Background : Nurul Atiqah Header : Nurin Asyada Best view : Google Chrome |
Saya Tetap Saya
Saya dapat SMS yang awak nak cakap pasal hubungan kita . Ok . Saya terus gelabah bagai kucing hilang anak , amek phone dan call ak . Directy . Tanpa fikir pangjang . Saya sayangkan hubungan kita . Dail number awak , dan awak pown angkat call saya .
Ckp punya cakap , awak cakap benda lain . Hati saya memang gemuruh sangat bila awak macam nak sembunyikan sesuatu dari saya . Akhiny , saya dah x boleyh nak tahan , saya suruh awak cakap straight to the point . Awak teragak-agak nak cakap tp syukur akhirny awak cakap juga benda yang awak nak luahkan uh .
Sentap . Yes ! Saya sangat sentap bila awak bertanya ' Awak , sy rasa awak dha berubah lha . Mean awak yang sekarang neyh dha x sama mcm awak yang dulu '. Saya tanya awak kembali ' Tang mana saya berubah . G lha taw '. ' ENTAH . SAYA RASA AWAK DHA LAIN DARI YANG DULU ' .
Senang jewp kn awak cakap begitu pada saya ? Air mata saya mengalir tanpa disedari . Saya lain ? Ya ! Memang saya sudah berubah kerana saya sudah matang awak . Saya masih saya yang dulu tapi kenapa awak cakap kat saya yang saya sudah tidak sama seperti yang dulu .
Cinta saya terhadap awak tidak pernah berubah walaupun sesaat . Tapi perlukah awak mempersoalkan diri saya . Kalau betul awak sayangkan saya , awak mesti boleh terima perubahan diri saya bukan ?
Adat lah bila pasangan bergaduh kan ? Ia terjadi kepada semua pasangan . Tipu jika saya cakap tidak . Even ada pasangan yang gaduh sebab berebut siaran televisyen . Sorang nak tengok MasterChef , yang sorang lagi nak tengok Gusti .
Tapi apa yang membuatkan saya sedih dan kecewa dengan awak , bila bergaduh sikit , awak mesti menyatakan yang awak tidak mampu untuk menghadapi perasaan ini . Awak tidak sanggup sakiti hati orang lain dan cukuplah awak seorang yang hadapi semua ini .
Saya hendak betulkan sedikit pernyataan awak . Kenapa awak tidak mampu menghadapi perasaan bila kita bergaduh ? Awak pernah tinggalkan saya dan menyeksa hati perasaan saya , saya tetap tabah untuk menunggu hari esok . Selalu berdoa agar hari esok lebih baik dari hari semalam . Di mana letaknya ketabahan , kecekalan diri awak ? Jika awak tidak mempunyai semua ini , bagaimana awak hendak menghadapi hari esok ? Dengan mengalah ? Maaf awak , saya akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan apa yang saya sayangi .
Awak tidak sanggup sakiti hati orang lain ? Awak sudah banyak kali melukai hati saya . Saya tetap bersabar dan tidak pernah merungut malah bersyukur kerana ia memberikan saya pengalaman saya dan mengajar saya unyuk menjadi seorang manusia yang lebih tabah . Kenapa bila kita bersengketa , awak mesti berkata demikian ? Awak sangat kejam . Awak hanya memikirkan diri awak . Bagaimana pula dengan perasaan saya ?
Jika awak cakap awak seorang yang hadapi semua ini , awak salah . Saya ini apa ? Hanyalah cinta ilusi di mana saya tidak wujud dan bernyawa ? Saya hendak bertanya sikit kepada awak , siapakah yang paling terluka dan perlukan kekuatan untuk menghadapi semua ini ? Seorang yang pernah meninggalkan seseorang dan mencalarkan maruah seseorang ataupun seseorang yang pernah ditinggalkan dan maruahnya seakan-akan dimainkan ?
Untuk pengetahuan anda , saya sangat sedih , kecewa , marah dan sangat sakit hati dengan diri awak . Di manakah peranan awak untuk mempertahankan hubungan kita ? Di mana rasional awak ? Di mana pertimbangan awak ? Mana hilangnya kasih sayang awak sebelum awak berkata kepada saya ?
Adakah hanya saya seorang yang perlu memainkan peranan di sini ? Tepuk dada , tanya selera . Tapi sekarang , saya sudah melupakan kesemuanya . Sudah cukup sudah . Tinggalkan apa yang sudah berlaku dan teruskan hidup dengan memandang ke hadapan .
Awak , tolonglah . Lebih baik kita tidak mempunyai apa-apa hubungan sekiranya hanya saya seorang yang memainkan peranan . Sakit bukan ? Tidak mengapa . Saya boleh bertahan kerana saya suadah biasa disakiti .
Saya sudah banyak manghabiskan air mata untuk perkara yang tidak berfaedah . Saya sudah banyak berkorban demi orang lain , saya juga sudah banyak luka disebabkan oleh orang lain . Hari demi hari , saya sudah boleh meneruskan hidup dalam keadaan sedih , luka dan kecewa .
Maaf awak jika awak terluka dengan kata-kata saya ini . Tapi realitinya , awak sememangnya penakut . Awak sering berkata ' Saya ingin bersendirian ' . Tapi sebenarnya awak lari dari masalah . Awak tidak menyedarinya tapi saya menyedarinya .
Saya hanyalah insan biasa yang selalu melakukan kesalahan . Saya juga mempunyai perasaan . Terdapatnya ruang hati saya hanyalah untuk diisi dengan orang-orang yang teristimewa dalam hidup saya . Sekali lagi saya ingin meminta maaf kepada awak . Saya sudah penat . Cukuplha sampai disini sahaja kekuatan saya . Saya juga ada batasannya .
0 Lovely babe! |