Aron Is In Da House ! Welcome to my Diary of Life Navigate! Wanna Scream? Credit Section! Template by : LiyanaIzzati Basecode made by : AreQil Background : Nurul Atiqah Header : Nurin Asyada Best view : Google Chrome |
Di Saat Hati Ini
Awak , saat awak meninggalkan saya tempoh hari .., hati saya sangat sedih . Saya hanya mampu berkata , ' Kalau itu keputusan awak , saya ikot sahaja ' bila awak telefon saya dan berkata ' Awak , saya rasa kita patut perpisah di sini sahaja ' . Selepas mematikan telefon , saya senyum keseorangan dan tanpa saya sedari , air mata saya jatuh membasahi pipi saya yang x seberapa nak gebu neyh . Mungkin ini bukan jodoh saya atau masa saya belum sampai lagi . Saya tahu yang awak mesti gembira tanpa saya . Saya un-friend dan remove awak kerana saya xnak teringatkan kisah lama lagi . Saya ingin terus meneruskan hidup tanpa mengenang memori lama itu . Saya amat gembira disaat saya bersama kawan-kawan saya yang lain . Saya sentiasa senyum secara zahir , tetapi sebenarnya saya sedih dan rindu mengenang awak . Demi Tuhan , saya x sanggup untuk menunjukkan kesedihan dan kepahitan saya kepada kawan-kawan saya . Saya x mahu sesiapa risau akan diri saya . Cukuplah saya seorang yang menangis . Walaupun sudah tidak bersama , saya masih takut kehilangan awak . Saya harap kita kekal sebagai kawan . Di saat saya berseorangan , saya sentiasa memaca mesej-mesej awak . Tapi , demi meneruskan hidup , saya memadam kesemua kenangan kita . Sangat pahit kan awak ? Bila melihat kawan-kawan saya gembira bersama pasangan mereka , saya hanya mampu tersenyum dan menyokong mereka . Tetapi jauh di dalam hati saya , saya sering berharap agar saya boleh menjadi seperti mereka . Apakan daya , jodoh saya belum sampai masanya lagi . Saya selalu mendengar semula lagu-lagu yang awak nyanyikan untuk saya . Walaupun saya tidak susakan lagu Melayu , tetapi saya suka lagu yang awak nyanyikan untuk saya . Sebelum tidur , saya selalu mendengarnya semula . Biarlah saya tidur dengan mendengar suara awak sebab saya takut kehilangan deria pendengaran saya untuk terus mendengar suara awak . Hari demi hari , saya hampir dapat melupakan awak . Satu hari , awak menghantar SMS kepada saya . Bertanyakan khabar saya , menasihati saya dan mengatakan bahawa awak rindukan saya , saya hanya tersenyum kecil . Saya gembira tetapi sedih pada masa yang sama . Kenapa awak abru berhubung dengan saya . Dendam tidak pernah ditulis dalam kamus hidup saya , jadi saya telah lama memaafkan awak . Awak , awak tahu tak yang saya sangat rindukan awak ? Saya amat rindukan detik kita bersama . Tetapi bila awak menghantar SMS awak , saya hanya dapat memberi reaksi sejuk dan tidak berminat untuk membalasnya . ' Ok , Okkay , K , X , Ntah , Tataw lak , Eyh ? , Ye kewp ? ' Itulah yang saya selalu hantar kepada awak . Tetapi sebenarnya , saya ingin menaip dengan lebih panjang lagi tetapi memori pahit yang saya lalui amatlah menyakitkan . Maaf awak . Pada hari Khamis selepas saya bangun dari tidur , saya mendapat 2 SMS dan 5 missed-call dari awak . Walaupun masih mamai , saya tetap gembira apabila menerima SMS awak . Saya baca SMS pertama yang awak hantar . ' Awa..sy rndukan awa.. ' dan jantung saya terus berdegup kencang . Saya beranikan diri saya untun membuka SMS awak yang terakhir . ' Awa .. sy btul-btul rndukan awa . sy mnta maaf slme ni. sy nk awa mcm dlu plizz maafn sy .' Selepas membaca SMS awak , saya terus mengalirkan air mata . Pada mulanya saya tidak percayakan awak , tetapi hati ini menyuruh saya percayakan awak buat kali yang terakhir . Saya ingatkan awak hanya bergurau tetapi tidak . Saya terima awak kembali . Saya pasrah walaupun awak ingin menipu saya untik kali yang kedua . Tetapi saya tetap maafkan awak . Awak , jangan tinggalkan saya lagi boleyh ? Saya sudah tidak sanggup menderita keseorangan . Saya perlukan awak disisi saya selain daripada ibubapa , kawakawan , guru , Tuhan dan malaikat saya . Hidup saya sudah sempurna sekiranya saya mempunyai semua ini . Aku redha Tuhan kalau ini masih lagi bukan jodohku . Walaupun apapun yang terjadi , aku tetap akan pasrah meneruskan hidupku . Tuhan tolonglahku kernaku takut kehilangan dia . Kernaku takut dia akan pergi meninggalkan ku sendiri di sini . Tuhan tunjukkanlah apa yang terukir dalam hatinya . Jalan mana yang harusku datangi agar terlerai semua ini . Tuhan tolonglah ku , pinjamkan kembali dia padaku . Peganglah takdir ini untuk ku . Kembalikan dia seperti dulu . Sesungguhnya kau Maha-Pembesar dan Maha-Mengasihi . Cintaku hanya pada-Mu . Love , Aron 0 Lovely babe! |